Nikmat.

Kufur nikmat.

Rata-rata mereka mengaku memangkah PKR. Tapi parti yang mereka pangkah esok lusa akan datang lagi dengan jentolak. Akan dirobohkan lagi berpuluh unit rumah di Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Selangor. Pangkah la lagi. Bodoh.

Simpati.. simpati jugak. Sudah terhantuk baru tergadah. Menyesal dahulu berpendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Aku tulis ni pun sebab aku Melayu. Aku nak kau orang sedar. Aku tengok sendiri bagaimana rumah-rumah kamu dirobohkan. Aku tengok bagaimana anak-anak kecil meraung menagis, aku nampak bagaimana air mata mengalir di pipi para ibu, rintihan kaum wanita, wajah kecewa seluruh warga yang teraniaya.

Siapa yang tidak marah apabila rumah-rumah yang dibina oleh orang tua dirobohkan di depan mata. Bukan sikit wang yang dibelanjakan. Hasil titik peluh seumur hidup. ‘Syurga’ yang dibina dari penat jerih. Pengorbanan besar untuk diwarisi anak cucu kini hilang sekelip mata. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Dulu DS Najib kata Melayu akan terbangsat kalau PH menang, kamu hina dia, kamu ejek dia, kamu ketawakan dia. Kalau rumah kamu tak dirobohkan, pasti kamu masih ejekkan DS Najib. Bagi kau orang ‘janji Najib kalah’. Sekarang rasakanlah.

Sekarang dah terasa bangsat tak? Kamu pekiklah kata kerajaan PH Zionis bagai, ada dorang kesah?

Kita bukan tak simpati. Tapi nasihat kita langsung kau orang tak ambil peduli. Sampai sekarang pun ada yang masih tak sedar-sedar.

Anda kata anda kecewa kerana YB Mohd Khairuddin Othman dan YB Sivarasa tak tepati janji. Kononnya, ada pampasan dan ‘rumah ganti’. Tapi janji tinggal janji.

Eh, anda tak sedar² lagi ke? Aku hairan dengan kau orang. Kau orang dah kena kencing dengan manifesto, siang malam kena main dengan kerajaan PH, kau orang masih lagi menagih janji?

Sekarang apa yang kau orang dapat? Dapat menang? Menang sorak kampung tergadai. Bukan tergadai je, dah jadi padang jarak padang terkukur.

Dulu, sebelum PRU 14 kami dah bagi tau sebab² jangan pangkah PH tapi kau orang ejek kami.

Tak apa, biar aku ulang balik. Mungkin masa tu anda tutup telinga, tutup mata. Anda tau nak hentam je. Sekarang baca betul-betul apa yang aku nak tulis ni. Jangan degil sangat. Baca apa yang aku nak tulis!

Bagi aku, aku tak akan pangkah mana-mana parti yang bekerjasama dengan D4P. Tak kiralah parti mana pun, waima masa PAS bekerjasama dengan D4P, aku tak akan pangkah PAS. Aku pesan jangan undi PAS.

OK hadam betul-betul. D4P tu parti komunis. Nak tau kenapa aku kata macam tu?

Dulu masa pengganas komunis nak kalah, Tunku Abdul Rahman cadangkan pada Chin Peng (ketua Komunis) agar menyerah diri atau tubuhkan parti politik, berjuang melalui politik, bukan melalui pertumpahan darah. Lantas tertubuhlah PAP. Bila PAP dapat Singapura, mereka tubuh pula DAP. Dipendekkan cerita, perjuangan komunis masih diteruskan melalui D4P.

Kau orang kena faham siapa musuh komunis? Musuh mereka ialah kita, orang-orang Melayu. Prinsip perjuangan mereka ialah ‘Malaysian Malaysia’. Maksudnya siapa saja rakyat Malaysia berhak ke atas tanahair ini.

Apapun kita tahu 99% ahli dalam D4P adalah kaum Cina. Jadi perjuangan mereka hanyalah untuk kaum mereka. Janganlah anda berangan kononnya D4P mahu berjuang untuk bangsa Melayu. Pooodah! Bodohlah anda jika anda berfikiran demikian. Bodoh sangat-sangat.

D4P bukan sekadar tidak akan membantu Melayu, malahan mereka sebenarnya anti Melayu, anti Islam dan anti Raja-Raja. Jika boleh mereka mahu bubarkan perlembagaan. Belum apa² mereka dah nak mengraktifikasikan ICERD. Belum apa-apa mereka sudah menandatangani Statut Rom. Mujur kita bantah, jika tak, entah apa dah jadi dengan bangsa Melayu dan Raja-Raja.

Mereka peduli apa dengan kita. Mereka kira mereka saja. Janganlah kita mengharapkan belas kasihan dari mereka. Nama pun komunis. Komunis mana ada hati perut. Mereka mana ada simpati. Kau orang buat la macamana sekali pun. Ada mereka kesah? Faham betul-betul. Kita ni musuh mereka. YB Khairuddin tu hanya boneka. Dia ikut telunjuk D4P. Dia tu talibarut. Sama macam menteri-menteri Melayu yang lain. Mereka tu hanya boneka.

Kalau nak tau betapa kejamnya pengganas komunis, tanyalah datuk nenek kita. Tanyalah mereka yang pernah hidup zaman tu. Bacalah buku sejarah.

Kerana itulah aku tidak akan menyokong mana-mana parti yang bekerjasama dengan D4P. Aku kekal dengan UMNO. Kau orang nak kata apa, katalah. Syukur kerana PAS sudah sedar. PAS meninggalkan D4P dan kini bersama dengan UMNO dalam Penyatuan Ummah.

Memang ayat mula-mula aku tadi bunyinya kasar sangat. Aku kata kau orang kufur nikmat. Aku kata begitu sebab kau orang yang pangkah PKR atau mana parti yang bersekongkol dengan D4P tidak tahu bersyukur. Korang jadi tamak. Nikmat yang Allah swt berikan, kau orang perlekeh. Kau orang nak lebih. Kau orang nak bulan dan bintang. Sudahnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Jangan tak percaya, tanah anda yang ber ‘grant’ pun komunis langgar.

Takkan kau orang tak nampak apa yang berlaku di Pulau Pinang sebaik saja D4P menguasai negeri itu. Orang Melayu dilayan seperti anjing. Sekarang dah kena batang hidung sendiri kan?

Dengar sini betul-betul. Tinggalkan parti yang bersekongkol dengan D4P. Kalau anda ahli parti Bersatu ke, PKR ke, PAN atau apa saja yang bersama D4P, anda tinggalkan parti itu. Keluar dari parti itu. Jangan tangguh-tangguh. KELUAR. Parti-parti yang aku sebut tu semuanya ditunggang D4P. Baruaa D4P.

Tak perlu malu, tak perlu segan, join je UMNO ataupun PAS. Muhasabahlah. Beristiqamahlah. Melayu kena kuat. Kita benamkan D4P.

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s